MOTTO MPKK

“MPKK Wadah Kemakmuran

Thursday, 20 August 2015

SEJARAH KAMPUNG

SEJARAH KAMPUNG

Gambar Hiasan

Kampung Kalong Tengah


  1. Diteroka pada akhir tahun 1800 oleh pendatang dari Pulau Sumatera dari suku kaum Minangkabau.Mereka berhijrah secara beramai-ramai yang diketuai oleh 3 orang ketua.
  2. Pada awalnya kampong ini dinamakan Kampung Padang.
  3. Nama ini diberi kerana penemuan kawasan ladang yang luas seperti ladang.
  4. Nama Kampung Kalong Tengah dan Kampung Kalong Hilir ialah sempena kedudukan kawasan ini berhampiran sungai yang mengalir di tengah kawasan itu.
  5. Sungai ini diberi nama Sungai Kalong
  6. Kebudayaan adat resam dan kesenian adalah kebudayaan Minangkabau,Sumatera.
  7. Masih terdapat Kesenian Minag seperti tarian piring, tarian lilin dan kaba (bercerita dalam lagu).
  8. Dalam adat istiadat perkahwinan pula, kebudayaan dan adat minang masih di praktikkan tetapi tidak secara menyeluruh.
  9. Penghijrahan ulamak-ulamak dari Sumatera telah sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup dan budaya penduduk-penduduk.
  10. Ulamak terkenal seperti YM Tuan Guru Oad dan anak-anak muridnya telah mendirikan surau-surau dan madrasah (sekolah agama rakyat) di sini.
  11. Tapak binaan masih wujud sehingga ke hari ini.
  12. Mereka ini bukan sahaja berkhidmat di Mukim Hulu Yam malah di seluruh Negeri Selangor.
  13. Masjid lama yang ada sekarang adalah bekas tangan ulama dan pengikutnya yang dilakukan secara gotong-royong tanpa bantuan dari pihak-pihak tertentu.
  14. Seramai 5 orang Ketua Kampung/Pengerusi JKKK pernah berkhidmat di mukim ini iaitu:-

  • Almarhum Tuan Haji Sidek (1948-1963)
  • Almarhum Tuan Haji Ismail bin Padang (1965-1988)
  • Almarhum Tuan Haji Mohd Yusof bin Nordin (1991-1995)
  • Tuan Haji Hamzah bin Haji Jamil (1997-2008)
  • Tuan Haji Roslee bin Hussin (ogos 2008 –kini)



Kampung Kalong Hilir



  1. Peninggalan sejarah terdapat kubur lama di kampong ini.

  2. Kubur lama ini adalah makam Haji Abdul Samad.

  3. Kubur ini terletak berhampiran rumah salah seorang penduduk kampong.

  4. Penduduk ini dipercayai Antara penduduk awal yang mendiami kawasan ini.






Share:

0 comments:

Post a Comment

KEMPEN BEBAS DENGGI SELURUH NEGARA

KEMPEN BEBAS DENGGI SELURUH NEGARA
" Kampung KIta Tanggung Jawab Kita " Jom kita jadikan kampung kita bebas Denggi..
Laman Web Rasmi Jkkk Kalong Tengah/Hilir, Hulu Yam Bharu, Selangor. Powered by Blogger.
Copyright © KAMPUNG KALONG TENGAH/HILIR | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com