PROGRAM REMAJA & WANITA BERSAMA PDRM DAN AADK MASALAH DADAH / JENAYAH & TRAUMA
PADA : 17.04.2016
TEMPAT : BALAIRAYA JKKK KALONG TENGAH/HILI, HULU YAM
TAJUK CERAMAH :
- CERAMAH GEJALA DADAH OLEH PEGAWAI AADK
- CERAMAK GEJALA JENAYAH OLEH PEGAWAI PDRM
- CERAMAH AMANITA OLEH PEGAWAI PDRM
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hulu Selangor, 17/04/2016 - Program Remaja & Wanita bersama PDRM dan AADK Hulu Selangor telah diadakan di Balai Raya Kampong Kalong Tengah Hulu Yam Bharu anjuran JKKK Kampong Kalong Tengah / Kampong Kalong Hilir Hulu Yam Bharu. Kehadiran lebih kurang 70 orang termasuk dari Amanita, Pegawai dan Anggota dari IPD Hulu Selangor, Pegawai AADK Hulu Selangor serta pengerusi JKKK Tuan Haji Roslee Bin Hussin.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendekati masyarakat khususnya golongan wanita dan remaja serta menerangkan peranan dan fungsi Amanita dalam mencegah jenayah khusus kepada wanita, remaja dan kanak- kanak.
Disamping itu juga, menyampaikan ceramah berkaitan gejala dadah dan jenayah semasa dan memohon kepada masyarakat bekerjasama serta salurkan maklumat kepada pihak PDRM dan AADK dalam menangani kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di kawasan setempat.
Program ini mendapat sambutan dari kaum ibu (suri rumah) dan remaja yang masih bersekolah yang tinggal di kawasan tersebut. Program ini sangat bermanfaat kepada kaum wanita dan remaja yang hadir.
'Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada'
0 comments:
Post a Comment