MOTTO MPKK

“MPKK Wadah Kemakmuran

Wednesday, 11 October 2017

Koleksi Gambar semasa Pertandingan Kampung Tradisi (Kampungku Kesayanganku) Terbaik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017


PERTANDINGAN KAMPUNG TRADISI (KAMPUNGKU KESAYANGANKU) TERBAIK PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2017


PADA : 2392017
TEMPAT : BALAIRAYA JKKK KG KALONG TENGAH/ HILIR
Kg Kalong Tengah/Hilir, Hulu Yam, Selangor, 23 Sept 2017. Kampung Kalong Tengah/Hilir, telah terpilih sekali lagi mewakili Daerah Hulu Selangor di dalam pertandingan Kampung Tradisi (Kampungku Kesayanganlu) Terbaik 2017.

Pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu menetapkan kriteria pertandingan dengan menitikberatkan dalam soal pengurusan dan pentadbiran kampung yang terletak di bawah Ketua Kampung dan juga Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Aspek-aspek yang dinilai ialah aspek kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kerohanian dan sivik, kebersihan, keindahan dan teknologi maklumat dan pertambahan satu aspek penilaian iaitu aspek inovasi.

Tuan Haji Roslee bin Gussin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK JKKK dan JKKP serta penduduk masyarakat kampung rangkaian dan taman perumahan rangkaian dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu beliau di dalam persediaan pertandingan itu. 
Sempena lawatan penilaian pertandingan Kampung Tradisi (Kampungku Kesayanganlu) Terbaik 2017 satu acara dimana ketua panel telah diminta untuk menanam anak pokok bunga puding semasa sesi lawatan penilaian tersebut. 
Pokok bunga puding ini merupakan salah satu lambang kepada Kampung Kalong Tengah/Hilir. "Pelaksanaan dan penjagaan pokok-pokok ini akan dilakukan oleh penduduk setempat dan pada masa yang sama akan dipantau oleh Ajk Jkkk Kampung Kalong Tengah/Hilir dengan harapan bahawa untuk menjadikan "kepentingan alam sekitar sebagai agenda utama dalam kehidupan serta bersama-sama berusaha menyelamatkannya daripada terus dimusnahkan”
Pokok Bunga Puding sebelum araca penanaman..
Usaha penduduk kampung yang akan menjadi salah satu tarikan pelancong





Kumpulan Tarian












































Share:

0 comments:

Post a Comment

KEMPEN BEBAS DENGGI SELURUH NEGARA

KEMPEN BEBAS DENGGI SELURUH NEGARA
" Kampung KIta Tanggung Jawab Kita " Jom kita jadikan kampung kita bebas Denggi..
Laman Web Rasmi Jkkk Kalong Tengah/Hilir, Hulu Yam Bharu, Selangor. Powered by Blogger.
Copyright © KAMPUNG KALONG TENGAH/HILIR | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com